Dua sahabat yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terlanggar seekor babi hutan di Simpang Tiga, Kuala Kurau, malam kelmarin.
Adik seorang daripada mangsa, Norihan Yusof, 35, berkata, ketika kejadian pada jam 9 malam itu, kakaknya, Yusmita Yusof, 36, dan seorang rakan, Norshafina Murad, 36, baru selesai makan malam di sebuah gerai berhampiran lokasi kejadian.
Menurutnya, keluarganya bergegas ke lokasi kejadian yang tidak jauh daripada rumah mereka sebaik dimaklumkan oleh penduduk mengenai insiden menimpa Yusmita dan rakannya itu.
“Ketika tiba di sana, saya lihat kakak (Yusmita) dan rakannya, Norshafina cedera dan terbaring atas jalan.
“Kami dapati kecederaan dialami Yusmita dan Norshafina amat parah dan kami tidak putus-putus berdoa supaya ALLAH SWT menyelamatkan nyawa mereka sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar,” katanya kepada kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.
Norihan berkata, beberapa penduduk yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kedua-dua mangsa tidak sempat mengelak seekor babi hutan yang melintas jalan secara tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment