Saturday, 27 June 2015

Golongan Masjid , berjubah dan berkopiah tetapi masuk Neraka



Islam mementingkan tiga perkara :

1-Niat

Jika niat baik tetapi tidak ada nas dalam agama berdosa ( bertudung -Perempuan -tetapi membuka aurat dan seksi ke Neraka juga tetapi sementara sahaja jika Aqidah tidak batal )

Berkupiah tetapi akhlak buruk-ke neraka juga.

2-Perkataan

Niat baik tetapi perkataan tidak berakhlak- dosa pada perkataan tetapi tiada dosa pada hati ( orang munafiq ).


3-Amalan

Banyak amalan kebaikan tetapi niat slah dan perkataan tidak berakhlak bukan ahli syurga tetapi ahli Neraka.

Islam pilihan Allah SWT adalah baik pada niat, amalan berdasarkan amalan Rasulullah SAW dan perkataan adalah seperti perkataan Rasulullah SAW.

Maha Suci Allah SWT daripada tertipu dengan jenama-jenama Islam keluaran yang mendapat kelulusan syaitan dan PBB.



Maha Suci Allah SWT daripada tertipu dengan golongan yang memulakan dan mengakhiri majlis mereka dengan bacaan doa sedangkan program mereka bertujuan menipu manusia di atas jenama Islam.

INGATKAN DILACUR, RUPANYA DIBUNUH

Mexico City: Mayat seorang wanita ditemui di dalam tangki air di sebuah bangunan apartmen tempat dia tinggal, setahun selepas dilaporkan hilang.
Graduan psikologi Carmen Yarira Noriega Esparza (gambar), 27, dilapor hilang Februari tahun lalu. Rakan dan anggota keluarganya sebelum ini mengesyaki dia diculik dan dijual untuk dijadikan hamba seks.
Mayat Carmen yang sudah reput ditemui dalam tangki itu selepas penduduk mengadu air minuman mereka rasa aneh.
Polis berkata, mayat Carmen mungkin berada dalam tangki itu sejak dia hilang.
Carmen yang bercita-cita menjadi pelakon dilihat kali terakhir ketika meninggalkan sebuah gimnasium di Mexico City, Februari lalu.
Rakan dan anggota keluarga menubuhkan kempen media sosial untuk mengesan dan mencarinya, termasuk menampal gambar pada tiang lampu di jalan raya.
Rakannya, Pal Javier Paz, 30, berkata, Carmen berbakat dan cantik, bercita-cita menjadi pelakon.
“Apabila dia tidak muncul di klinik tempat dia kerja, kami menyangka dia diculik dan dijual untuk dijadikan pelacur.
“Mungkin selama ini mayatnya berada dalam tangki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Polis kini menumpukan siasatan mereka terhadap bekas teman lelaki Carmen, ahli perniagaan kaya yang membayar sewa apartmen itu untuknya.
Carmen kemudian memutuskan hubungan mereka selepas berkenalan dengan seorang peguam kaya dan hilang seminggu sebelum dia keluar dari rumah itu.
Penemuan berkenaan mengejutkan penduduk apartmen itu.
Kini baru mereka sedar mengapa air yang mereka minum rasa aneh.
Seorang jurucakap polis semalam berkata: “Pegawai bandar raya dipanggil memeriksa tangki berkenaan dan apabila membukanya, mereka menemui mayat reput itu.”

Kisah Pilu Dan Menyayat Hati Seorang Anak Seni Bernama Ahmad Nisfu Yang Ramai Tidak Tahu!!



Siapakah Ahmad Nisfu

Kalau menonton filem P Ramlee sudah pasti anda mengenali Ahmad Nisfu. Ahmad Nisfu sememangnya kawan baik dengan P.Ramlee.

Banyak filem arahan P.Ramlee akan melibatkan Ahmad Nisfu dan dia juga sering membawa watak agak besar.

Ahmad Nisfu juga digelar Pak Besar oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Awal Karier

Pelakon ini berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang. Beliau sering memegang watak kecil di awal karier bersama Shaw production. Sahw yang membawa Ahmad Nifsu ke dunia lakonan.

Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil.

Kehiduapan Sosial

Untuk pengetahuan Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Penutupan Syudio Jalan Ampas

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.

Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu.


Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo

Kehidupan Selepas Berhenti Berlakon

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.

DUA BERADIK ENGGAN BERENGGANG DENGAN JASAD IBU

dua beradik enggan berpisah dengan mayat ibu
DUA BERADIK ENGGAN BERENGGANG DENGAN JASAD IBU | Disaat ummat muslim sibuk mempersiapkan untuk keperluan menyambut hari raya yang semakin hampir dua adik beradik menahan kepedihan ketika ibu tersayang mereka meninggal dunia dalam satu nahas kemalangan jalan raya di pasir gebu penaga semalam ketika hendak pulang rezeki pada jam 7:15 pagi 27.06.2015
Suami bernama Mohd Kamal Mahmud, 37, juga turut merasai kehilangan isterinya Nor Azura Mohammed Azhar, 30.Nor Azura yang bekerja di sebuah stesen minyak di Butterworth meninggal dunia apabila motosikal Honda EX5 ditunggangnya terbabas dan merempuh tiang telefon ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Bakau Tua.
Lebih menyedihkan lagi apabila Abang bongsu ,amir hafizi 4 tahun tidak mahu berenggang dengan jasad ibunya anak  mangsa juga mengikut Nor azura ke tempat kerja ia umpama satu pertanya bahwa inilah kali terahir dia akan bersama melihat wajah ibunya.kata Mohd Kamal AL-FATIHAH BUAT MANGSA.

gambar kemalangan jalan raya di pasir gebu penaga
mayat ibu
dua beradik enggan berenggang dengan jasad ibu
DUA BERADIK ENGGAN BERENGGANG DENGAN MAYAT IBU
Capture
10989214_1642986872605458_4922038987661923579_n

Cerita Sebenar tentang budak umur 14 tahun tangkap 9 ekor Toyol

tuyul
Cerita Sebenar tentang budak umur 14 tahun tangkap 9 ekor Toyol – Penduduk di sebuah kampung di sini kecoh selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun mendakwa menangkap sembilan toyol.
Sejak pagi hingga ke malam, rumah Ineke Puspitasari di kampung Sumobito di sini dikunjungi beratus-ratus penduduk yang mahu melihat toyol itu yang didakwa dikurung dalam balang plastik.
Ineke berkata, dia menangkap toyol itu ketika bermain di belakang rumahnya sehari sebelum Ramadan.
Katanya, ketika bermain dia melihat beberapa toyol berada di belakang rumah dan terus mengambil cermin untuk menangkap makhluk halus itu.
“Toyol itu suka bermain di hadapan cermin dan apabila ia terleka saya terus menangkapnya,” katanya.
Berita mengenai toyol yang ditangkap Ineke itu tersebar luas menyebabkan rumah remaja itu dikerumuni penduduk yang mahu melihat makhluk berkenaan.
Bagaimanapun, penduduk yang datang kecewa apabila tidak melihat toyol di dalam balang plastik berkenaan.
Balang itu diletakkan di luar tingkap rumah bagi memudahkan orang ramai melihatnya dan Ineke turut melukis gambar toyol itu pada sekeping kertas.
“Saya datang ke sini untuk melihat toyol berkenaan tetapi hampa apabila melihat balang itu kosong,” kata ketua kampung Sumobito, Bakheri.
Seorang lagi penduduk juga kecewa kerana tidak dapat melihat toyol berkenaan, tetapi dia percaya Ineke menangkap makhluk itu.
“Beberapa bulan lalu ramai penduduk yang kehilangan wang dan kecurian ini mungkin perbuatan toyol itu,” katanya.
Ineke memberitahu hanya orang yang mempunyai keistimewaan luar biasa sahaja yang mampu melihat toyol berkenaan.

GAMBAR IBU TIRI "SAITAN" DERA BUDAK 5 TAHUN DIDEDAH



Susulan kes penderaan yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun oleh ibu tirinya, gambar-gambar ibu tiri dan gambar kecederaan mangsa tanpa ditapis tersebar di laman sosial.

BACA: IBU TIRI SAITAN 

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Sheila Khan itu telah dikongsi ramai pengguna Facebook dan mencetuskan kemarahan orang ramai yang berang dengan tindakan ibu tiri mangsa. 


Baca luahan sedih Sheila Khan di bawah: 

"Baby Zara, I can't believe this happen to you sayang. Umur baru lima tahun dan terpaksa lalui saat-saat yang sangat sukar dipukul ibu tiri separuh mati sehingga patah tulang belakang. Patah tulang rusuk dan bahagian-bahagian badan lain. Retak hampir 10 bahagian di badan. Kepala pecah akibat hantukan kuat di dinding. Dahi dihentak ke lantai. Tak diberi makan sehingga 0 protein dalam badan. 

"Allah, please be nice to her. Dia dah sakit terlalu lama sendirian tanpa kami tahu. Dia yang menanggung setiap kesakitan dan kami hanya mampu berdoa. Jauhilah segala duka di matanya. 

"Ya Allah, pulihkan semangatnya, kuatkan jiwannya. Ya Allah, jika ada keajaiban, pindahkanlah deritanya kepada ku. Ya Allah, pasti ada hikmah di setiap kejadian. Berikanlah balasan yang setimpal kepada yang melakukan. 

"Zahara sayang, be strong Yaya. Mama Yaya and family semua hari-hari doakan Yaya cepat sembuh," katanya. 

Gambar kecederaan mangsa yang sedang menerima rawatan di HRPZ II:










Wednesday, 24 June 2015

[5 GAMBAR] Mayat Lelaki Dibunuh Dan Disimen Di Dalam Tong








Pertembungan antara peniaga dadah di Mexico selalu mengakibatkan kesan yang sangat mengerikan, seperti dapat anda lihat dalam Gambar-Gambar ini. Akibat yang sangat buruk rupanya menimpa lelaki-malang ini.




Kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu di suatu tempat di Mexico dalam sebuah pertengkaran yang berlaku, menyebabkan lelaki ini mengalami kematian yang sangat tragis. Tubuhnya di masukkan ke dalam tong kemudian di tutup menggunakan simen, tidak di peroleh maklumat yang jelas apabila lelaki ini disimen dalam keadaan hidup atau mati.




Sebuah jalan kematian yang sangat naif di mana orang meninggal pada saat dia berbuat jahat.Gambar mengerikan, tidak sesuai untuk orang yang sensitif.